Tuesday, 2 December 2014

ZURIAT DAN REZEKI DARI ALLAH

Firas, Day 2
 
amboiii..mengeliattt
 
gila ko xrindu anak comel cam ni, masa ni umur dia baru 30 hari
 
Firas say : amacam, tough x firas..kiki, masa ni umur dia 46 hari
Salam, I sangat excited nak story pengalaman bersalin for my first baby.Alhamdulillah, our baby Muhammad Firas bin Mohamad Firdauss selamat dilahirkan secara normal pada 15 Oktober 2014, bersamaan besday mamanyerrr 15 Oktober 19** :p. pada 8.29 am.Kalau ikut due baby akan keluar pada 26 Oktober, tapi sebabkan mama ada GDM (sebab peminat tegar makanan manis masa pregy) baby dipaksa untuk keluar awal.


I start masuk wad on 12th, but under supervise doktor sebab they all cakap air ketuban banyak, takot baby lemas. Only on 14th I di induce, masuk ubat biji hokey, kat bawah tuttt. Dua kali, 9am then 3pm. but until end of evening just buka 3cm. Maghrib ade doktor datang cek dah buka 4cm. Sakitnya?? hadoiii,,sakit xhingat weh. Jalan pi mai pi mai dalam wad, bangun, baring, duduk semua xselesa. Nangis?? xpayah cakap la..my hubby kata dah serabai sob sob sob..


I siap pujuk hubby cakap dengan doktor czer je, sebab dah xtahan sakit sangat. But unfortunately, failed. Marah kat hubby sebab xpuas ati, doktor tak nak czer. Motippp?? Malam tu, sangat lena tido, sebab contraction dah slow. But CTG, nurse kata baby tido. Ooo patotlah. Until the next morning, on my 26 besday, I terjaga dari tido sebab sis sebelah my bed sakit nak bersalin. Tak sempat turun labour room dia dah terberanak atas katil. Mudahnyaaa..okey..tu anak ke 3 dia hokey.


Almost 5am wa dah macam cacing kepanasan beb, sakit tiba-tiba datang melawat. Makin lama makin kuat ditambah dengan perasaan yang sangat lapar sebab semalam xnak makan, mogok xtahan sakit dan xboleh czer. Panggil nurse cakap nak berak, rasa xtahan sangat. Nurse cakap, nak cek dulu, then dah buka 5cm. Okey, inform husband tunggu di labour room. Qal, mak mertua jawab, sebab husband solat subuh. masa tu almost 7am dah kot kalo xsilap. Then hubby datang wad kononya plan nak hantar brekfast, tapi dia datang kemaskan barang je sebab wife dia dah nak beranak. Masa tu tak rasa takut tapi tipulah kalo muka xkedut sejuta kan. Dalam kepala nak baby keluar cepat2 je.


Masuk labour room, doktor kosongkan pundi kencing (itu sangat pedih T_T) then dia pecahkan air ketuban. Lepas tu mula lah badan macam cacing. Bila cakap kat nurse rasa nak push..rasa macam nak teran..bukan diri sendiri yang teran, dia jadi sendiri, nurse cek dah 8cm. Doktor cakap, ok bole panggil husband masuk.
 Masa hubby masuk, I memang nampak dia datang dan pegang bahu, tapi apa dia cakap entoohh..blur2 sebab tgh berusaha nak push. Hubby cerita, dia nampak doktor gunting kat bawah tu..zap..zap..huhu untuk mudahkan baby keluar. Malangnya after beberapa kali push xboleh jugak sebab xkuat. Yelaaa..ko tengah kebulor, cane nak push baby. Masa tu jantung baby dah drop jadi 50 something dan doktor cakap please puan, kena cepat, jantung baby dah lemah.
Masa tu kepala otak xboleh digest nak buat apa. Then dengar doktor cakap kat hubby, I kena vacum tapi nanti kepala baby bengkak sikit. Then hubby di minta keluar dari labour room. Masa tu macam lemah sangat, lepas disuruh push dah nampak doktor tarik baby keluar, then letak atas dada mama.Masa tu baby xdibersihkan lagi, tapi dia xda bau, tak nangis, tapi bunyi suara dia merengek..soo cute..sempat wish 'happy besday sayang' then nurse terus bawa baby untuk dibersihkan.


Alhamdulillah..dah selamat lahir ke dunia, zuriat dan keturunan kami, sungguh sempurna dan sihat.


meh nak share gambar baby firas sikit masa baru lahir
Ni baby Firas day 1
 
Nyenyak tido, muka macam mama, Baby firas 2.84
Untuk next post, I'll share pengalaman menguruskan luka jahitan bersalin dan proses berpantang yer. see yawww
 

Thursday, 5 June 2014

NEW MEMBER COMING SOON

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak mengupdate belog. Kali ni just nak share my new things in my life :p
Alhamdulillah, today almost 20 weeks i'm pregnant..yeaahhhhsyukran Ya Allah sebab memberikan peluang untuk merasai pengalaman menjadi seorang perempuan sempurna.
Macam mana bole tahu I pregnant? ceritanya cam ni. Once apon a time, sun setting in the sky, teletubies says good bye ?&^%$#@ (apakah???) I memang selalu lewat period, so that month I late almost 3 weeks dari date I patot berperiod. Tapi as usual memang xde prasaan apa pong. Just hubby dah berangan if we'll have a baby just arround the corner. Then ada satu malam tu, I rasa sakit perut yang amat sangat, macam kena gerudi tempat yang sama. Sampai terjaga dari tidor. My hubby masa tu tengah tengok bola dengan tak de prasaan dia jawab, nak period la tu esok lusa. Ok sentap, kot-kot dia nak datang sapu ubat kan (orang laki meme cam tu ek kalo tengok bola?) huh!!How I could tell you sakit tu memang xpernah rasa slama ni, since I memang jenis tak de senggugut sangat. After 2,3 hari priod still tak datang. Ok one day during lunch hour I pergi lunch di Giant syeksen 13 tu, then beli Pregnancy Test strips kat Guardian. Tapi only weekend I guna. Still ingat hari tu hari Ahad 21 March, my husband and I plan nak gi Wet Market Pudu, cari anak ikan kelisa. So I bangun awal siap dulu xnak jem nak masuk KL kan. Then saja je buat urine test, then...... I berlari trus dari toilet ke hubby yang tengah tido without pikir anything. Then dia pon bangun blur2 tengok strip yang I pegang. Then I tanya dia (macam la xtaw kan) 'b, kalo dua line ni maksudnya preggy la kn?' then dia plak still blur suruh tengok label di kotak. And yes, it show positive!!!
Haaa..lepas tu baru I pikir I dah berjaya pregnant. Even sebelum tu memang ada jugak buat urine test tiap kali period lewat. Buat 2 kali and 2,2 tu xde hasil. So that time xde la harap sangat, macam xde prasaan gitu. Masa tu dalam kepala dan hati ni fikir, wah dah nak jadi mommy, rupanya slama ni dah ada baby dalam perot. Berguna jugak aku ni kan, jadi badan aku function well la ek..hahaha. Bulan tu memang I banyak buat kerja berat sebab my office ada clearance, so jadi buruh kasar la sat. Alhamdulillah, xjadi pape. Tu lakan, orang cakap kalau dah rezeki Tuhan nak bagi, dia akan jaga. Then I guess malam yang sakit perut sangat tu agaknya baby tengah gerudi rahim I sebab dia nak park kat situ kot..hihihi. We allz xpergi cekup klinik pon ari tu, still dengan plan g Pudu tu. Huhhh~
Only the next day hari Isnin my hubby off day lagi, so I dengan malasnya bersuara nak ponteng keje sebab nak g cekup. Yela, nak dengar dari doktor sendiri. Then ktrg g Hospital Umra yang dekat dengan rumah tu. I dah biasa gi situ sebab Hospital panel company I keja. Then after scan yes, betol I pregnant. Almost 6 weeks dahh...alaaa...nampak kantung baby bulat. But sorry I xnak shared lg picture ultrasound tu. Pengalaman I dengan Umra, so far so good. Tiap kali checkup termasuk tunggu turn xde la sampai 3, 4 jam kena tunggu. Pandai2 pilih time yang orang xramai. Kos plak harga mampu milik..kiki. paling mahal kena charge RM120 tu sebab termasuk ubat, kalau xde ubat RM70+++++ je. Staff dia pon ok. Kalau pekerja kaunter dia kadang muka xmesra alam tu maybe penat kot, sebab melayan kerenah pesakit kan. Kena la faham, dia pon manusia. Tapi sorang dua je cam tu.So we decide trus checkup di situ jela. Yang bestnya I memang dapat doktor perempuan tiap kali ada appointment. Ada skali tu, doktor perempuan xda, only male, so staff kaunter tanya "Puan nak jumpa doktor jugak ke hari ni? sebab sekarang xda doktor perempuan (tiba-tiba plak kan). Only at night dia masuk, kalau nak petang ini jugak kita bagi pakar scan perempuan untuk scan, then after that you consult dengan doktor laki' then I setuju lah sebab malas nak datang dua tiga kali, malas nak bersiap keluar rumah..nampakkk?? Tu cek suka. Bila jumpa pakar scan tu dia cakap, I'll cek you, then you pergi consult dengan doktor laki dia xkan touch you anymore.hihihi lobbb itt
Memang best cek di private sebab tiap kali rawatan dia akan scan Ultrasound, 3D,NT scan n ape lagi tah,  So bole tengok rupa baby I macam mana progress dia. Bole dengar jantung dia, saiz dan lain2 lagi. Yang best kat Umra, doktor dia memang akan melayan if my hubby and I tanya soklan banyak (normal la,ko bayar kan). Benda pelik2 pon I tanya, they all layankan je jawab..kiki. I susa sikit nak commit gi goverment klinik, sebab tak larat tunggu dan I kena amik cuti. Yela, kalo cuti pon time load keje I banyak, mampuss den nak cover balik. But still I dah buat buku pink tu and only skali tu je la I g gov. klinik. Nak bersalin dimana? Long way to plan :p
Alahan semasa mengandung?? I xde morning sickness but I ada gejala lain yang sikit2 tu tapi betol2 effect my life. Nak tau, wait for next entry, I lapar, otak xbole pikir nak bercerita. Okey, tatataaaa. 



Saturday, 21 September 2013

Mrs Sunbae

Assalamualaikum..
Dah lama tak mengupdate belog. Fyi dah sebulan sepuloh hari cek bergelar Puan kepada Mr Sunbae kikiki.
Perubahan?? opkos sangat banyak
Most importanteee is how I adapt with my partner in one roof one bed huhuhu
Few fren do asked me how my life after married?
My answer is, u kawen dulu lah baru tauuuu
U all know? just one lafaz we turn up as hubby and wify.
Alhamdulillah..everything setel and selesai.
Here a few moments to shared.

Pray for us !! babai

Monday, 15 July 2013

Serba sikit cerita

Assalamualaikum w.b.t..

Waaaaa..dah lama tak mengupdate belog. 
serba sedikit tentang diri ini.
Sekarang sedang nerbes dan fening kefala mikir my big event..kikiki
Actually antara men or women sape lagi stress bile cakap sal nak tawen tawen ni?
Opkos la pempuan khann
Sebab? orang laki bagi je duit kat mak, depa cakap ja nak lagu mana kan
Just prektis sebut lafaz akad (dont drop my water face :p)
Aku? Nerbes tiba-tiba..hurmmmm


Now just prepared gimana maw menjadi seorang isteri yang solehah, dapat menghepykan ati tok laki kn. 
Mr Sunbae, don't you dare nak tambah cawangan huh!

In counting momento muka aku ni still xnak kembali ke rupa asal, badan pon xsihat..huhuhu
Pray for me uuooolllzzz..
sekian saja secoet cerita yang sangat tak best dari aku.


Selamat berkahwin cuti skolah nanti heeeee

Thursday, 18 April 2013

L.O.V.E

Bismillahhirrohmanirrahim...
Currently I'm heading to Lala land (ermmm gila tiba-tiba)Almost 1 week aku dah stay di Puncak Perdana, kembali ke tempat asal zaman muda-muda dulu heee sekarang pon muda lagi okey, baru pagi tadi ade sorang akak stated that I am young for 2,3 years wehh. 


Just want to shared, now I dah dekat (jaoh kalau nak jalan pon) with someone specel heeeSape ek?? opkos my sunbaeAku datang sini sebab dapat keje baru taw bukan datang nak mengatal dengan dia. Noted!
Dia kat Subang nun, but bole la kot dia datang tengokkan motorcar gue skali skala kalau dia rajin. Gue reti isi minyak sampai penuh dan buka bonet je, yang laen aku amanahkan pada die heee makasih Mr Sunbae!Now mudahlah kami nak beli barang tawen tawen hihihi

Mr Sunbae sorang yang sagat garang taw tak..tapi tak pe..kalau dia mood ok, selembut dan seputih putih melati, dan selembut kapas hatinya. But, he's mine Insyaallah.
Now Mr Sunbae, who is my hubby wanna be,(tak lama dah) this post real just for you.Thanks sangat-sangat sebab menjadi seorang yang sabar dan matang untuk sayer but you are so bad, why you always make me miss you hah?? hehehe

Gatai khannn tak pe kami nak tawen dah..Suma ni sebenarnya aku sangat bersyukur kepada Allah swt sebab temukan kami, Insyaallah dengan izinya kami akan bersatu setelah macam-macam dugaan dan rintangan melanda untuk kami sampai ke hari ini. Pray for us, hope we kekal bahagia till Jannah. Aminnn.This is my Sunbae 




Wednesday, 3 April 2013

Dub Dap Dub Dap

Assalamualaikum...Dah lama diri ini tidak menulis belog yang masih terkedek-kedek merangkakActually to much thing happen lately sampai otak sangat jem untuk menulis dan bercerita.I want to share little story which is my mission for this year.Mostly just around 4 month only I'll get married yehewwwwInsyaallah kalau tak ada aral melintang sapu dan membujur lalu :pMy preparation?? baru nak mula. My majlis adalah simple dan ikut kemampuan ja huhuhu because after tawen  kan mau guna lagi banyak duit T_TNow lets take a look what I have done :
  1. Baju nikah..dah beres sebab just need baju yang simple, over sangat nanti tok imam tak bagi masuk masjid hehehe
  1. Baju kawen (reception) ini yang teramat masalah. Satu Sungai Petani cek ronda taw. Susah betol nak memenuhi kehendak jiwa den dan tuan badan lagi satu. Lagi sedih baju yang ready made adalah kejam pada aku kerana isi tak cukup inci. Selepas berperang dingin dengan Mr Sunbae, kami bersetuju untuk buat baju baru. Yang penting ikut kehendak kami.
  1.  Dalam banyak-banyak butik kawen aku ada suggestion butik yang ok dan offer harga berpatutan (Sungai Petani Only) Roslie Studio  - Lokasi butik adalah di Lot 88 nearby Amanjaya.  Butik ni baju dia sangat cantik, apatah pelaminnya lagi. Tapi sayangnya butik ni tak boleh provide pelamin dalam tempoh seminggu raya sebab pekerjanya still bercuti. sob sob
  1. Tapi butik pilihan gue adalah Eilla Miammour Bridal 2 yang terletak di Taman Ria Jaya S.P. (Paya Nahu) Butik ni memang best, hanya untuk survey dia siap suruh aku try mana-mana baju yang aku suka even tu baju baru. So after some nego with Mr Sunbae kami nak tempah baju dengan butik ni. Normal price is RM800 sepasang baju kawen (L/P). Aku suka butik ni sebab suma pekerjanya wanita muslim, so kalau baju xboleh zip dia boleh ja tolong tanpa segan silu. Okay baju setel. Just hope Mr Sunbae bole cuti dan g ukur baju secepat yang mungkin kalo tak gue mau bertukar jadi ijau!!
  1. Photographer : Mr Sunbae volunteer nak carik, so malas gue nak mikir sebab he knows what the best dan yang penting guna fulus beliau heeee
  1. Kursus kawen?? huhuhuhu my dad dah tanya banyak kali bila bila bila bila so ASAP la kn..heee kami amik kursus asing-asing sebab long long long distance.
  1. HIV test just need to allocate 1 day..heee
  1. Gift gue dah mula order, so just mikir benda apa to fill in.
  1. Catering, my dad dah mula survey hope still belum terlewat untuk book (nerbes)
  1. Hantaran >>> still di kira dan di congak mau beli apa heee
Hew hew hew still banyak kerja yang tak setel. Sebenarnya nak kawen laki or perempuan need to be ready mental as well as MONEY. Start saving dari awal, no point korang nak kawen just aim untuk loan je !! Kalau bercinta dan berangan nak hidup bersama serta majlis wedding yang diidamkan, beranganlah kamu disamping menabung. Kalau terasa dirimu begitu kaya, just bayar dan kita goyang kaki heee 

Yang penting FOKUS walaupaun terasa seperti mau migrain mikir nak kawen, serta sentiasa berdoa agar Allah mudahkan urusan kita.

Ok lah babai 

Monday, 28 January 2013

Kembali kepada pemilik

Salam

1st entry untuk 2013.

Actually this year dimulakan dengan peristiwa sedih untuk aku dan family.
19 Januari 2013, pemergian arwah tok (nenek) ibu kepada ayah aku disebabkan komplikasi jantung dan paru-paru yang rosak. Di usia 75 arwah telah tinggalkan kami di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Before tu arwah was admitted dlm CCU slama 3 ari.

Beberapa pesanan dan kata-kata yang menghayat hati before arwah pergi.

2 weeks before after keja aku singah rumah tok. Katanya teringin nak makan buah jering. Sebab xdak selera makan nasi. Pikir-pikir pokok jering blakang rumah xmenjadi pulak kali ni.Dan lagi aku bebel kat arwah katanya dia xboleh makan sebab ada pnyakit angin, boleh penat. On the weekend, arwah dengan paksu datang rumah siggah amik ayah aku untuk tunjuk jalan g Baling. Nak melawat saudara yang sakit katanya. Xsangka pulak tu ziarahnya yang terakhir. After drop my ayah, mak aku baru balik keja, kebetulan ada buah jering lebih kenduri mengaji semalam. Cepat-cepat aku bungkus dalam plastik untuk bagi kat arwah sebab kalut-kalut nak balik. Slalu aku yang p kat arwah nak salam. Tapi ari tu dia yang dataang kat aku nak salam. Ok masa tu memang xdak rasa apa-apa lg. 


3 days before arwah xda, arwah ngadu sakit dada. Cousin aku yang tinggal dengan arwah ada cakap, tok pesan, suruh qal semua anak cucu menantu balik. Katanya ' aku susahkan hampa kali ni ja, lepas ni xda dah' Ok itu pon xrasa apa-apa. Biasalah orang sakit kadang cakap bukan-bukan. Pagi2 subuh tu pakteh datang ambil tok bawak g emergency ward. Alhamdulillah..tok dah ok katanya. dah bole makan minum macam biasa, tak sakit. Tup tup petang tu ayah aku cal pesan pas keja xpayah balik rumah, terus g hospital sebab tok dah admited CCU and dah xsedarkan diri. Dari Bukit Mertajam aku pon terus redah jam otw g Sg. Petani. 


Masa sampai dah visiting hour. Dah ramai sedara aku sampai tunggu giliran nak masuk ward tengok tok. Sampai turn aku, aku masuk dgn cousin. Sebak rasa, tgk tok terlantar, dengan paip dlm mulut, siap ada bleeding lagi. Then aku trus buat2 terer tanya nurse napa ada bleeding dari mulut. Then nurse tu jwb ada pendarahan dalaman. Xlama after that kami di suruh keluar sbb they all nak cuci bleeding tu.



Dah maghrib,family aku balik rumah tok, tak balik rumah, jaoh. Bawak balik tokwan, kesian dia penat seharian tggu di ward xmakan lagi. Cadangnya pas isyak baru ayah aku nk g hospital balik. Tengah makan, doktor cal 2x. Mintak suma anak2 datang ward, katanya tok dah tenat, dah nampak teruk. Then aku mengvolunterkan diri nak g hospital dgn ayah. Sebab aku taw dlm saat mcm tu ayah mesti xdapat drive, malam pulak tu, mata pon xbrapa nampak. Sampai di ward, 8 dari 10 anak tok dah ada. kami baca yasin utk tok, gilir2 ajar ngucap. mostly midnight, kami diminta keluar, if ada pape doktor akan qal. (CCU kan xbole menunggu) 


That nite, mostly sedara suma tido dlm keta, di tempat parking. semua xnak balik sbb nak jumpa tok. tak tggu tok sedar. even pak dak n his family yg baru sampai dari KL tido dlm kereta jgk xnak balik rumah. The next morning, on Jumaat semua 10 anak-anak tok dah balik. Kami berkampung di hospital. menantu, cucu even cicit.

Condition tok still sama, xsedarkan diri. Even we are told patient yg admitted di ward tu amat tipis, so family kena ready. that time tok bergantung pada mesin utk pam darah, jantungnya dah sgt lemah utk funtioN, but we all still xputus asa. Ptg tu pon aku trus g hospital after keja.

On saturday, aku dicide nak balik rumah dulu, nak amik baju. Penat sangat, aku terlelap. dalam jam 4 ptg my mom paggil, cakap ayah aku qal,told us tok dah xde. Aku sebak sgt2 sbb b4 tu mak suruh mandi nak g hospital tapi aku yg xnak cakap nak rest dulu. NYESAL.


Dari apa yg aku dengar, b4 arwah tinggalkan kami, arwah sedar tapi xlama. My ayah ade bisik di pada arwah " mak ngucap banyak2, nanti kita boleh balik rumah". Arwah macam meronta like want to say someting, but no voice coming out.


Same day, after isyak, jenazah arwah disemadikan. Tak tunggu lama sebab semua anak-anak dah ada. One thing aku nak shared, bukan nak bangga diri atau puji or even masuk bakul angkat sendiri. Peristiwa ini mmg aku nampak betapa kagumnya arwah tok dan tokwan besarkan anak2. Even sampai saat akhir anak2 stay dgn their mom. Xputus doa, dan solat hajat. b4 this arwah ada gurau2 if dia dah xda, anak2 stay di rumahnya 3 ari buat Kulhu (Tahlil) untuknya. Buat sendiri jgn harapkan org luar. And its really happen now. Tahlil 3 malam berturut-turut di ketuai cucu sendiri yang alhamdulillah sorang ustaz yang belajar di Madinah dulu. Makmumnya semua anak dan menantu. kini anak-anak masing2 sibuk nak tolong bayar fidyah utk arwah, wakaf, even masing2 dah balik ke serata alam. (rumah they all lah).Sesungguhnya doa dari anak sendiri lebih bermakna untuk para ibu bapa. Dari urusan pengurusan jenazah semua dibuat sendiri oleh anak2. Sembahyang jenazah pula diimamkan sendiri oleh tokwan aku, sooo suweeet. (husband aku bole wat cam tu ke nanti, if this same happen huuuu)


Aku terfikir, one day aku ada anak, adakah anak2 aku akan doakan aku, stay dengan aku smpai akhir nyawa. Uruskan jenazah aku, mandikan aku mcm mana aku mandikan mereka masa kecil, doakan aku?? Or drg hanya akan upah ahli masjid utk uruskan aku, upah org masjid utk baca tahlil dan doakan aku?? Membuat anak mmg mudah tetttttt ketawa malu sebentar (hihihi) tapi anak mcm mana yg kita perlukan sebenarnya?? anak yang bole buat kita bangga di DUNIA SAHAJA or yang bole bantu kita di alam barzah dan akhirat kelak..

sama-sama kita renungkan. 

thank sudi baca entry aku yang syahdu dan panjang lebar ini.


Al Fatihah buat arwah..

I dont even have her picture, but feel so sad during morning. Slalu if aku stay rumah tok, xnak balik rumah parents sbb jaoh, pagi2 dengarlah suara arwah kejutkan bangun subuh. B4 aku kuar keja, arwah yang kalut2 buka gate untuk aku. Now dah xde....