Saturday, 21 September 2013

Mrs Sunbae

Assalamualaikum..
Dah lama tak mengupdate belog. Fyi dah sebulan sepuloh hari cek bergelar Puan kepada Mr Sunbae kikiki.
Perubahan?? opkos sangat banyak
Most importanteee is how I adapt with my partner in one roof one bed huhuhu
Few fren do asked me how my life after married?
My answer is, u kawen dulu lah baru tauuuu
U all know? just one lafaz we turn up as hubby and wify.
Alhamdulillah..everything setel and selesai.
Here a few moments to shared.

Pray for us !! babai

Monday, 15 July 2013

Serba sikit cerita

Assalamualaikum w.b.t..

Waaaaa..dah lama tak mengupdate belog. 
serba sedikit tentang diri ini.
Sekarang sedang nerbes dan fening kefala mikir my big event..kikiki
Actually antara men or women sape lagi stress bile cakap sal nak tawen tawen ni?
Opkos la pempuan khann
Sebab? orang laki bagi je duit kat mak, depa cakap ja nak lagu mana kan
Just prektis sebut lafaz akad (dont drop my water face :p)
Aku? Nerbes tiba-tiba..hurmmmm


Now just prepared gimana maw menjadi seorang isteri yang solehah, dapat menghepykan ati tok laki kn. 
Mr Sunbae, don't you dare nak tambah cawangan huh!

In counting momento muka aku ni still xnak kembali ke rupa asal, badan pon xsihat..huhuhu
Pray for me uuooolllzzz..
sekian saja secoet cerita yang sangat tak best dari aku.


Selamat berkahwin cuti skolah nanti heeeee

Thursday, 18 April 2013

L.O.V.E

Bismillahhirrohmanirrahim...
Currently I'm heading to Lala land (ermmm gila tiba-tiba)Almost 1 week aku dah stay di Puncak Perdana, kembali ke tempat asal zaman muda-muda dulu heee sekarang pon muda lagi okey, baru pagi tadi ade sorang akak stated that I am young for 2,3 years wehh. 


Just want to shared, now I dah dekat (jaoh kalau nak jalan pon) with someone specel heeeSape ek?? opkos my sunbaeAku datang sini sebab dapat keje baru taw bukan datang nak mengatal dengan dia. Noted!
Dia kat Subang nun, but bole la kot dia datang tengokkan motorcar gue skali skala kalau dia rajin. Gue reti isi minyak sampai penuh dan buka bonet je, yang laen aku amanahkan pada die heee makasih Mr Sunbae!Now mudahlah kami nak beli barang tawen tawen hihihi

Mr Sunbae sorang yang sagat garang taw tak..tapi tak pe..kalau dia mood ok, selembut dan seputih putih melati, dan selembut kapas hatinya. But, he's mine Insyaallah.
Now Mr Sunbae, who is my hubby wanna be,(tak lama dah) this post real just for you.Thanks sangat-sangat sebab menjadi seorang yang sabar dan matang untuk sayer but you are so bad, why you always make me miss you hah?? hehehe

Gatai khannn tak pe kami nak tawen dah..Suma ni sebenarnya aku sangat bersyukur kepada Allah swt sebab temukan kami, Insyaallah dengan izinya kami akan bersatu setelah macam-macam dugaan dan rintangan melanda untuk kami sampai ke hari ini. Pray for us, hope we kekal bahagia till Jannah. Aminnn.This is my Sunbae 




Wednesday, 3 April 2013

Dub Dap Dub Dap

Assalamualaikum...Dah lama diri ini tidak menulis belog yang masih terkedek-kedek merangkakActually to much thing happen lately sampai otak sangat jem untuk menulis dan bercerita.I want to share little story which is my mission for this year.Mostly just around 4 month only I'll get married yehewwwwInsyaallah kalau tak ada aral melintang sapu dan membujur lalu :pMy preparation?? baru nak mula. My majlis adalah simple dan ikut kemampuan ja huhuhu because after tawen  kan mau guna lagi banyak duit T_TNow lets take a look what I have done :
  1. Baju nikah..dah beres sebab just need baju yang simple, over sangat nanti tok imam tak bagi masuk masjid hehehe
  1. Baju kawen (reception) ini yang teramat masalah. Satu Sungai Petani cek ronda taw. Susah betol nak memenuhi kehendak jiwa den dan tuan badan lagi satu. Lagi sedih baju yang ready made adalah kejam pada aku kerana isi tak cukup inci. Selepas berperang dingin dengan Mr Sunbae, kami bersetuju untuk buat baju baru. Yang penting ikut kehendak kami.
  1.  Dalam banyak-banyak butik kawen aku ada suggestion butik yang ok dan offer harga berpatutan (Sungai Petani Only) Roslie Studio  - Lokasi butik adalah di Lot 88 nearby Amanjaya.  Butik ni baju dia sangat cantik, apatah pelaminnya lagi. Tapi sayangnya butik ni tak boleh provide pelamin dalam tempoh seminggu raya sebab pekerjanya still bercuti. sob sob
  1. Tapi butik pilihan gue adalah Eilla Miammour Bridal 2 yang terletak di Taman Ria Jaya S.P. (Paya Nahu) Butik ni memang best, hanya untuk survey dia siap suruh aku try mana-mana baju yang aku suka even tu baju baru. So after some nego with Mr Sunbae kami nak tempah baju dengan butik ni. Normal price is RM800 sepasang baju kawen (L/P). Aku suka butik ni sebab suma pekerjanya wanita muslim, so kalau baju xboleh zip dia boleh ja tolong tanpa segan silu. Okay baju setel. Just hope Mr Sunbae bole cuti dan g ukur baju secepat yang mungkin kalo tak gue mau bertukar jadi ijau!!
  1. Photographer : Mr Sunbae volunteer nak carik, so malas gue nak mikir sebab he knows what the best dan yang penting guna fulus beliau heeee
  1. Kursus kawen?? huhuhuhu my dad dah tanya banyak kali bila bila bila bila so ASAP la kn..heee kami amik kursus asing-asing sebab long long long distance.
  1. HIV test just need to allocate 1 day..heee
  1. Gift gue dah mula order, so just mikir benda apa to fill in.
  1. Catering, my dad dah mula survey hope still belum terlewat untuk book (nerbes)
  1. Hantaran >>> still di kira dan di congak mau beli apa heee
Hew hew hew still banyak kerja yang tak setel. Sebenarnya nak kawen laki or perempuan need to be ready mental as well as MONEY. Start saving dari awal, no point korang nak kawen just aim untuk loan je !! Kalau bercinta dan berangan nak hidup bersama serta majlis wedding yang diidamkan, beranganlah kamu disamping menabung. Kalau terasa dirimu begitu kaya, just bayar dan kita goyang kaki heee 

Yang penting FOKUS walaupaun terasa seperti mau migrain mikir nak kawen, serta sentiasa berdoa agar Allah mudahkan urusan kita.

Ok lah babai 

Monday, 28 January 2013

Kembali kepada pemilik

Salam

1st entry untuk 2013.

Actually this year dimulakan dengan peristiwa sedih untuk aku dan family.
19 Januari 2013, pemergian arwah tok (nenek) ibu kepada ayah aku disebabkan komplikasi jantung dan paru-paru yang rosak. Di usia 75 arwah telah tinggalkan kami di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Before tu arwah was admitted dlm CCU slama 3 ari.

Beberapa pesanan dan kata-kata yang menghayat hati before arwah pergi.

2 weeks before after keja aku singah rumah tok. Katanya teringin nak makan buah jering. Sebab xdak selera makan nasi. Pikir-pikir pokok jering blakang rumah xmenjadi pulak kali ni.Dan lagi aku bebel kat arwah katanya dia xboleh makan sebab ada pnyakit angin, boleh penat. On the weekend, arwah dengan paksu datang rumah siggah amik ayah aku untuk tunjuk jalan g Baling. Nak melawat saudara yang sakit katanya. Xsangka pulak tu ziarahnya yang terakhir. After drop my ayah, mak aku baru balik keja, kebetulan ada buah jering lebih kenduri mengaji semalam. Cepat-cepat aku bungkus dalam plastik untuk bagi kat arwah sebab kalut-kalut nak balik. Slalu aku yang p kat arwah nak salam. Tapi ari tu dia yang dataang kat aku nak salam. Ok masa tu memang xdak rasa apa-apa lg. 


3 days before arwah xda, arwah ngadu sakit dada. Cousin aku yang tinggal dengan arwah ada cakap, tok pesan, suruh qal semua anak cucu menantu balik. Katanya ' aku susahkan hampa kali ni ja, lepas ni xda dah' Ok itu pon xrasa apa-apa. Biasalah orang sakit kadang cakap bukan-bukan. Pagi2 subuh tu pakteh datang ambil tok bawak g emergency ward. Alhamdulillah..tok dah ok katanya. dah bole makan minum macam biasa, tak sakit. Tup tup petang tu ayah aku cal pesan pas keja xpayah balik rumah, terus g hospital sebab tok dah admited CCU and dah xsedarkan diri. Dari Bukit Mertajam aku pon terus redah jam otw g Sg. Petani. 


Masa sampai dah visiting hour. Dah ramai sedara aku sampai tunggu giliran nak masuk ward tengok tok. Sampai turn aku, aku masuk dgn cousin. Sebak rasa, tgk tok terlantar, dengan paip dlm mulut, siap ada bleeding lagi. Then aku trus buat2 terer tanya nurse napa ada bleeding dari mulut. Then nurse tu jwb ada pendarahan dalaman. Xlama after that kami di suruh keluar sbb they all nak cuci bleeding tu.



Dah maghrib,family aku balik rumah tok, tak balik rumah, jaoh. Bawak balik tokwan, kesian dia penat seharian tggu di ward xmakan lagi. Cadangnya pas isyak baru ayah aku nk g hospital balik. Tengah makan, doktor cal 2x. Mintak suma anak2 datang ward, katanya tok dah tenat, dah nampak teruk. Then aku mengvolunterkan diri nak g hospital dgn ayah. Sebab aku taw dlm saat mcm tu ayah mesti xdapat drive, malam pulak tu, mata pon xbrapa nampak. Sampai di ward, 8 dari 10 anak tok dah ada. kami baca yasin utk tok, gilir2 ajar ngucap. mostly midnight, kami diminta keluar, if ada pape doktor akan qal. (CCU kan xbole menunggu) 


That nite, mostly sedara suma tido dlm keta, di tempat parking. semua xnak balik sbb nak jumpa tok. tak tggu tok sedar. even pak dak n his family yg baru sampai dari KL tido dlm kereta jgk xnak balik rumah. The next morning, on Jumaat semua 10 anak-anak tok dah balik. Kami berkampung di hospital. menantu, cucu even cicit.

Condition tok still sama, xsedarkan diri. Even we are told patient yg admitted di ward tu amat tipis, so family kena ready. that time tok bergantung pada mesin utk pam darah, jantungnya dah sgt lemah utk funtioN, but we all still xputus asa. Ptg tu pon aku trus g hospital after keja.

On saturday, aku dicide nak balik rumah dulu, nak amik baju. Penat sangat, aku terlelap. dalam jam 4 ptg my mom paggil, cakap ayah aku qal,told us tok dah xde. Aku sebak sgt2 sbb b4 tu mak suruh mandi nak g hospital tapi aku yg xnak cakap nak rest dulu. NYESAL.


Dari apa yg aku dengar, b4 arwah tinggalkan kami, arwah sedar tapi xlama. My ayah ade bisik di pada arwah " mak ngucap banyak2, nanti kita boleh balik rumah". Arwah macam meronta like want to say someting, but no voice coming out.


Same day, after isyak, jenazah arwah disemadikan. Tak tunggu lama sebab semua anak-anak dah ada. One thing aku nak shared, bukan nak bangga diri atau puji or even masuk bakul angkat sendiri. Peristiwa ini mmg aku nampak betapa kagumnya arwah tok dan tokwan besarkan anak2. Even sampai saat akhir anak2 stay dgn their mom. Xputus doa, dan solat hajat. b4 this arwah ada gurau2 if dia dah xda, anak2 stay di rumahnya 3 ari buat Kulhu (Tahlil) untuknya. Buat sendiri jgn harapkan org luar. And its really happen now. Tahlil 3 malam berturut-turut di ketuai cucu sendiri yang alhamdulillah sorang ustaz yang belajar di Madinah dulu. Makmumnya semua anak dan menantu. kini anak-anak masing2 sibuk nak tolong bayar fidyah utk arwah, wakaf, even masing2 dah balik ke serata alam. (rumah they all lah).Sesungguhnya doa dari anak sendiri lebih bermakna untuk para ibu bapa. Dari urusan pengurusan jenazah semua dibuat sendiri oleh anak2. Sembahyang jenazah pula diimamkan sendiri oleh tokwan aku, sooo suweeet. (husband aku bole wat cam tu ke nanti, if this same happen huuuu)


Aku terfikir, one day aku ada anak, adakah anak2 aku akan doakan aku, stay dengan aku smpai akhir nyawa. Uruskan jenazah aku, mandikan aku mcm mana aku mandikan mereka masa kecil, doakan aku?? Or drg hanya akan upah ahli masjid utk uruskan aku, upah org masjid utk baca tahlil dan doakan aku?? Membuat anak mmg mudah tetttttt ketawa malu sebentar (hihihi) tapi anak mcm mana yg kita perlukan sebenarnya?? anak yang bole buat kita bangga di DUNIA SAHAJA or yang bole bantu kita di alam barzah dan akhirat kelak..

sama-sama kita renungkan. 

thank sudi baca entry aku yang syahdu dan panjang lebar ini.


Al Fatihah buat arwah..

I dont even have her picture, but feel so sad during morning. Slalu if aku stay rumah tok, xnak balik rumah parents sbb jaoh, pagi2 dengarlah suara arwah kejutkan bangun subuh. B4 aku kuar keja, arwah yang kalut2 buka gate untuk aku. Now dah xde....