Tuesday, 2 December 2014

ZURIAT DAN REZEKI DARI ALLAH

Firas, Day 2
 
amboiii..mengeliattt
 
gila ko xrindu anak comel cam ni, masa ni umur dia baru 30 hari
 
Firas say : amacam, tough x firas..kiki, masa ni umur dia 46 hari
Salam, I sangat excited nak story pengalaman bersalin for my first baby.Alhamdulillah, our baby Muhammad Firas bin Mohamad Firdauss selamat dilahirkan secara normal pada 15 Oktober 2014, bersamaan besday mamanyerrr 15 Oktober 19** :p. pada 8.29 am.Kalau ikut due baby akan keluar pada 26 Oktober, tapi sebabkan mama ada GDM (sebab peminat tegar makanan manis masa pregy) baby dipaksa untuk keluar awal.


I start masuk wad on 12th, but under supervise doktor sebab they all cakap air ketuban banyak, takot baby lemas. Only on 14th I di induce, masuk ubat biji hokey, kat bawah tuttt. Dua kali, 9am then 3pm. but until end of evening just buka 3cm. Maghrib ade doktor datang cek dah buka 4cm. Sakitnya?? hadoiii,,sakit xhingat weh. Jalan pi mai pi mai dalam wad, bangun, baring, duduk semua xselesa. Nangis?? xpayah cakap la..my hubby kata dah serabai sob sob sob..


I siap pujuk hubby cakap dengan doktor czer je, sebab dah xtahan sakit sangat. But unfortunately, failed. Marah kat hubby sebab xpuas ati, doktor tak nak czer. Motippp?? Malam tu, sangat lena tido, sebab contraction dah slow. But CTG, nurse kata baby tido. Ooo patotlah. Until the next morning, on my 26 besday, I terjaga dari tido sebab sis sebelah my bed sakit nak bersalin. Tak sempat turun labour room dia dah terberanak atas katil. Mudahnyaaa..okey..tu anak ke 3 dia hokey.


Almost 5am wa dah macam cacing kepanasan beb, sakit tiba-tiba datang melawat. Makin lama makin kuat ditambah dengan perasaan yang sangat lapar sebab semalam xnak makan, mogok xtahan sakit dan xboleh czer. Panggil nurse cakap nak berak, rasa xtahan sangat. Nurse cakap, nak cek dulu, then dah buka 5cm. Okey, inform husband tunggu di labour room. Qal, mak mertua jawab, sebab husband solat subuh. masa tu almost 7am dah kot kalo xsilap. Then hubby datang wad kononya plan nak hantar brekfast, tapi dia datang kemaskan barang je sebab wife dia dah nak beranak. Masa tu tak rasa takut tapi tipulah kalo muka xkedut sejuta kan. Dalam kepala nak baby keluar cepat2 je.


Masuk labour room, doktor kosongkan pundi kencing (itu sangat pedih T_T) then dia pecahkan air ketuban. Lepas tu mula lah badan macam cacing. Bila cakap kat nurse rasa nak push..rasa macam nak teran..bukan diri sendiri yang teran, dia jadi sendiri, nurse cek dah 8cm. Doktor cakap, ok bole panggil husband masuk.
 Masa hubby masuk, I memang nampak dia datang dan pegang bahu, tapi apa dia cakap entoohh..blur2 sebab tgh berusaha nak push. Hubby cerita, dia nampak doktor gunting kat bawah tu..zap..zap..huhu untuk mudahkan baby keluar. Malangnya after beberapa kali push xboleh jugak sebab xkuat. Yelaaa..ko tengah kebulor, cane nak push baby. Masa tu jantung baby dah drop jadi 50 something dan doktor cakap please puan, kena cepat, jantung baby dah lemah.
Masa tu kepala otak xboleh digest nak buat apa. Then dengar doktor cakap kat hubby, I kena vacum tapi nanti kepala baby bengkak sikit. Then hubby di minta keluar dari labour room. Masa tu macam lemah sangat, lepas disuruh push dah nampak doktor tarik baby keluar, then letak atas dada mama.Masa tu baby xdibersihkan lagi, tapi dia xda bau, tak nangis, tapi bunyi suara dia merengek..soo cute..sempat wish 'happy besday sayang' then nurse terus bawa baby untuk dibersihkan.


Alhamdulillah..dah selamat lahir ke dunia, zuriat dan keturunan kami, sungguh sempurna dan sihat.


meh nak share gambar baby firas sikit masa baru lahir
Ni baby Firas day 1
 
Nyenyak tido, muka macam mama, Baby firas 2.84
Untuk next post, I'll share pengalaman menguruskan luka jahitan bersalin dan proses berpantang yer. see yawww
 

No comments:

Post a Comment